Allah telah menjanjikan kelebihan
kepada mereka yang menghafal al Quran seperti yang digambarkan di bawah ini :
1.MEREKA
ADALAH KELUARGA ALLAH SWT.
Sabda
Rasulullah s.a.w:
"Dari
Anas ra. Ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya Allah
itu mempunyai keluarga yang terdiri daripada manusia." Kemudian Anas
berkata lagi, lalu Rasulullah s.a.w bertanya: "Siapakah mereka itu wahai
Rasulullah. Baginda menjawab: "Iaitu ahli Quran (orang yang membaca atau
menghafal Al- Quran dan mengamalkan isinya).Mereka adalah keluarga Allah dan
orang-orang yang istimewa bagi Allah.
2.DI TEMPATKAN SYURGA YANG PALING
TINGGI
Sabda rasulullah s.a.w:
"Dari Abdullah Bin Amr Bin Al Ash ra dari nabi s.a.w,
baginda bersabda; Diakhirat nanti para ahli Al Quran di perintahkan,
"Bacalah dan naiklah ke syurga. Dan bacalah Al Quran dengan tartil seperti
engkau membacanya dengan tartil pada waktu di dunia. Tempat tinggal mu di
syurga berdasarkan ayat paling akhir yang engkau baca."
3.AHLI AL QURAN ADALAH ORANG YANG ARIF
DI SYURGA
Sabda rasulullah s.a.w "Dari Anas ra. Bahawasanya
Rasulullah s.a.w. bersabda; "Para pembaca Al Quran itu adalah orang-orang
yang arif di antara penghuni syurga,"
4.MENGHORMATI ORANG YANG MENGHAFAL AL
QURAN BERERTI MENGAGUNGKAN ALLAH SWT.
Sabda rasulullah s..a.w "Dari Abu Musa Al
Asya'ari ra.ia berkata bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Diantara
perbuatan mengagungkan Allah adalah menghormati Orang Islam yang sudah tua,
menghormati orang yang menghafal Al-Quran yang tidak berlebih-lebihan dalam
mengamalkan isinya dan tidak membiarkan Al-Quran tidak di amalkan, serta
menghormati kepada penguasa yang adil."
5.HATI PENGHAFAL AL-QURAN TIDAK DI SIKSA
Sabda rasulullah s.a.w.
" DariAbdullah Bin Mas'ud ra. Daripada nabi s.a.w.
baginda bersabda: " bacalah Al Quran kerana Allah tidak akan menyiksa hati
orang yang hafal Al-Quran.
Sesungguhanya Al -Quran ini adalah hidangan Allah, siapa
yang memasukkunya ia akan aman. Dan barangsiapa yang mencintai Al Quran maka
hendaklah ia bergembira."
6.MEREKA LEBIH BERHAK MENJADI IMAM
DALAM SOLAT
Sabda rasulullah s.a.w. :
"Dari Ibnu Mas'ud ra. Dari Rasulullah s.a.w. beliau
bersabda; "yang menjadi imam dalam solat suatu kaum hendaknya yang paling
pandai membaca Al Quran."
7.DISAYANGI RASULULLAH S.A.W
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Dari Jabir Bin Abdullah ra. Bahawa nabi s.a.w
menyatukan dua orang daripada orang-orang yang gugur dalam perang uhud dalam
satu liang lahad.
Kemudian nabi s.a.w. bertanya, "dari mereka berdua
siapakah paling banyak hafal Al Quran?" apabila ada orang yang dapat
menunjukkan kepada salah satunya, maka nabi s.a.w memasukkan mayat itu terlebih
dahulu ke liang lahad."
8.DAPAT MEMBERIKAN SYAFAAT KEPADA
KELUARGA
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Dari Ali Bin
Abi Thalib Karramallahu Wajhah ia berkata, "Barangsiapamembaca Al Quran
dan menghafalnya, maka Allah akan memasukkannya kedalam syurga dan
memberikannya hak syafaat untuk sepuluh anggota keluarganya di mana mereka
semuanya telah di tetapkan untuk masuk neraka."
9.PENGHAFAL AL QURAN AKAN MEMAKAI
MAHKOTA KEHORMATAN
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Dari Abu Hurairah ra.daripada nabi s.a.w. baginda
bersabda: "orang yang hafal Al Quran nanti pada hari kiamatnanti akan
datang dan Al Quran akan berkata; "Wahai Tuhan ,pakaikanlah dia dengan
pakaian yang baik lagi baru." Maka orang tersebut di berikan mahkota
kehormatan. Al Quran berkata lagi:
"Wahai Tuhan tambahlah pakaiannya." Maka orang itu
di beri pakaian kehormatannya. Al Quran lalu berkata lagi, "Wahai Tuhan,
redailah dia." Maka kepadanya di katakan; "Bacalah dan naiklah."
Dan untuk setiap ayat, ia di beri tambahan satu kebajikan."
10.HAFAL AL QURAN MERUPAKAN BEKALAN
PALING BAIK.
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Dari jabir bin nufair, katanya rasulullah s.a.w. bersabda;
"Sesungguhnya kamu tidak akan kembali menghadap Allah dengan membawa
sesuatu yang paling baik daripada sesuatu yang berasal daripada-Nya iaitu Al
Quran.
11.ORANG TUA MEMPEROLEHI PAHALA KHUSUS
JIKA ANAKNYA PENGHAFAL AL QURAN.
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Dari Buraidah Al Aslami ra, ia berkata bahawasanya ia
mendengar Rasulullah s..a.w bersabda: "Pada hari kiamat nanti, Al Quran
akan menemui penghafalnya ketika penghafal itu keluar dari kuburnya. Al Quran
akan berwujud seseorang dan ia bertanya kepada penghafalnya: "Apakah anda
mengenalku?".
Penghafal tadi menjawab; "saya tidak mengenal
kamu." Al Quran berkata; "saya adalah kawanmu, Al Quran yang
membuatmu kehausan di tengah hari yang panas dan membuatmu tidak tidur pada
malam hari. Sesungguhnya setiap pedagang akan mendapat keuntungan di belakang
dagangannya dan kamu pada hari ini di belakang semua dagangan. Maka penghafal
Al Quran tadi di beri kekuasaan di tangan kanannya dan diberi kekekalan
ditangan kirinya, serta di atas kepalanya dipasang mahkota perkasa. Sedang
kedua orang tuanya diberi dua pakaian baru lagi bagus yang harganya tidak dapat
di bayar oleh penghuni dunia keseluruhannya. Kedua orang tua itu lalu bertanya:
"kenapa kami di beri dengan pakaian begini?". Kemudian di jawab,
"kerana anakmu hafal Al Quran."
Kemudian kepada penghafal Al Quran tadi di perintahkan,
"bacalah dan naiklah ketingkat-tingkat syurga dan kamar-kamarnya."
Maka ia pun terus naik selagi ia tetap membaca, baik bacaan itu cepat atau
perlahan (tartil)
12.AKAN MENEPATI KELAS TERTINGGI DI
DALAM SYURGA.
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Dari Sisyah ra ia berkata, bahawasanya Rasulullah
s.a.w. bersabda; jumlah tingkatan-tingkatan syurga sama dengan jumlah ayat-ayat
Al Quran. Maka tingkatan syurga yang di masuki oleh penghafal Al Quran adalah
tingkatan yang paling atas, dimana tidak ada tingkatan lagi sesudah itu.
0 komentar:
Posting Komentar